Monday, 12 August 2024

TVET PILIHAN UTAMA KERJAYA

Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional(TVET) merupakan proses pendidikan dan latihan yang menjurus ke arah pekerjaan dan menekankan amalan industri dalam pelbagai bidang berkaitan. TVET menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat yang meliputi peringkat sekolah menengah, lepasan sekolah sehingga ke tenaga kerja di industri melalui latihan berasaskan pekerjaan serta latihan berterusan dan pembangunan profesional.

Pembangunan TVET secara formal di Malaysia bermula dengan dua institusi awam iaitu Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Lumpur dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Dusun Tua. Sejak itu, institusi TVET telah berkembang dan sehingga Disember 2023, terdapat sejumlah 1,345 institusi TVET diseluruh negara dengan 669 institusi TVET awam, 652 institusi TVET swasta dan 24 institusi TVET di bawah Kerajaan negeri.

Meneliti landskap TVET semasa dan cabaran teknologi baharu yang kompleks, sebanyak 5 teras strategik meliputi 23 strategi dan 67 inisiatif utama diperincikan dalam Dasar TVET Negara 2023.

Layari : https://www.tvet.gov.my/main/latar-belakang


Wednesday, 18 October 2023

Laporan media pada 23 September 2021 melaporkan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran berkata bahawa lebih 90% graduan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mudah dipasarkan untuk pekerjaan. Kenyataan ini cukup untuk memberi gambaran peri pentingnya kemahiran dalam apa jua bidang pekerjaan. Itu baru soal peluang, belum lagi soal gaji kerana adalah rahasia yang diketahui umum bahawa graduan yang mempunyai kemahiran secara umumnya ditawarkan gaji yang lebih tinggi daripada yang berbekalkan kelulusan akademik semata-mata.

Oleh yang demikian, menguasai bidang kemahiran yang diceburi membuka peluang ke arah kebolehkerjaan (employability). Jika tidak bekerja makan gaji , sekurang-kurangnya boleh memulakan perniagaan dalam bidang kemahiran tersebut.

Zaman mendapatkan pekerjaan berdasarkan kelulusan akademik telah berlalu. Berapa ramai graduan meskipun mempunyai phd, tidak bekerja dalam bidang yang sesuai dengan kelulusan mereka. Ibubapa tidak seharusnya memandang rendah jika anak-anak mereka lebih berminat melanjutkan pelajaran dalam bidang TVET.

Saturday, 22 July 2023

SKM-PPT (Sijil Kemahiran Malaysia secara Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu)

 

SKM-PPT

SKM-PPT (Maksud PPT) – satu kaedah memberi pengiktirafan kepada         mana-mana individu yang boleh membuktikan keterampilan yang digariskan di dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK@NOSS) berdasarkan kepada pengalaman dan pencapaian                 terdahulu yang dimiliki secara Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT). Sila rujuk PANDUAN PELAKSANAAN PENSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA MELALUI KAEDAH PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU (PPT) di https://www.dsd.gov.my/
              

Memohon SKM-PPT (Sijil Kemahiran Malaysia melalui kaedah PPT)


1. Kenalpasti bidang kemahiran anda.

2. Langgan NOSS bidang kemahiran anda di https://www.myspike.my

3. Kenalpasti kompetensi NOSS bidang kemahiran anda.

4. Pastikan anda mempunyai bukti kukuh bidang kemahiran 
    yang dipohon.

5. Membuat permohonan melalui https://www.myspike.my

Friday, 4 September 2020

 Penjualan NOSS Atas Talian

Bermula 1 Julai 2020, NOSS boleh dibeli secara atas talian melalui MySPIKE. Pada masa ini terdapat 750 Program NOSS yang boleh dibeli secara atas talian. Bilangan Program NOSS untuk jualan akan ditingkatkan dari masa ke semasa. Setiap NOSS akan dijual RM20.00 untuk langganan selama setahun. Belian boleh dilakukan di Dashboard Pengguna.

Sila Daftar MySPIKE sebelum memulakan belian atau Login MySPIKE untuk memulakan belian di Dashbord Pengguna.

Monday, 7 October 2019

SASARAN 35% PEKERJA MAHIR MENJELANG 2020

Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) secara spesifik telah menyatakan bahawa TVET adalah pemacu perubahan yang mensasarkan 35 peratus pekerja mahir dapat dihasilkan menjelang 2020.

“Kemahiran profesional ini harus diangkat sebagai pendidikan dan kerjaya pilihan utama".
“Usaha kerajaan untuk merealisasikan aspirasi tersebut melibatkan sistem akreditasi yang diharmonikan dengan jaminan kualiti bagi membolehkan mobiliti pelajar antara institusi TVET merentas kementerian,” - Menteri Pendidikan

Wednesday, 7 August 2019

TVET Graduates Employability On The Rise

Continuous efforts in strengthening technical and vocational education and training (TVET) has yielded success, according to the Malaysia Education Blueprint 2013-2025 Annual Report 2018. — NSTP/ASWADI ALIAS.By Sarah RahimHana Naz Harun – July 29, 2019 @ 7:34pm
KUALA LUMPUR: Continuous efforts in strengthening technical and vocational education and training (TVET) has yielded success, according to the Malaysia Education Blueprint 2013-2025 Annual Report 2018.
Education Minister Dr Maszlee Malik said the significant achievements include an increase in TVET graduates’ employability from 12,803 in 2017 to 13,740 last year (2018).
Since helming the ministry, various initiatives were introduced to make TVET a career pathway of choice among students.

Sunday, 3 March 2019

Ke Arah Memperkasakan Bidang Kemahiran

KEMENTERIAN Sumber Manusia bercadang menetapkan syarat kepada rakyat tempatan termasuk warga asing yang ingin bekerja dalam bidang kemahiran di negara ini perlu memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) terlebih dahulu.
Timbalan Menterinya, Datuk Mahfuz Omar berkata, cadangan berkenaan dibuat selepas mencapai kata sepakat dalam mesyuarat Pembangunan Kemahiran yang diadakan baru-baru ini dan akan dilaksanakan menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) sebagai persediaan untuk lima tahun akan datang.
Katanya, warga asing khususnya yang mahu bekerja perlu mempunyai SKM dari negara ini, bukannya menggunakan sijil kemahiran dari negara lain.
“Kita mahu semua industri di negara ini mempunyai persediaan dan persiapan lebih awal bagi melahirkan tenaga kerja mahir.
“Dengan cara ini, barulah anak tempatan mendapat pasaran kerja lebih besar memandangkan majoriti yang memiliki SKM sudah tentunya rakyat Malaysia.
“Saya yakin industri yang ada dalam negara kita memerlukan pekerja yang mahir dan boleh memberikan hasil keluaran terbaik kepada industri di tempat mereka bekerja,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan kerja di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Bharu, hari ini.

Sumber: https://www.hmetro.com.my