SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM) PPT


PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU (PPT)

Satu kaedah untuk memberi pengiktirafan kepada mana-mana individu yang boleh membuktikan ketrampilan yang digariskan di dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) /National Occupational Skills Standard (NOSS) berdasarkan kepada pengalaman dan pencapaian terdahulu yang dimiliki.

Faedah memiliki Sijil Kemahiran Malaysia PPT:


Memberi pengiktirafan secara formal kepada kekompetenan individu;
Memberi peluang pekerjaan yang luas kepada individu; dan
Meningkatkan kerjaya individu dalam industri pekerjaan.


Siapa Yang Layak Diberi Pengiktirafan?

Semua pekerja industri dari sektor perkhidmatan dan pembuatan yang memenuhi syarat tempoh pengalaman bekerja dalam bidang yang berkaitan serta syarat-syarat lain yang ditetapkan. Pekerja industri yang layak akan dianugerahkan Sijil sehingga tahap tertinggi mengikut bidang masing-masing seperti yang dinyatakan di dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) / National Occupational Skill Standard (NOSS).















Bagaimana Membuat Permohonan SKM-PPT?

1. Mengenal pasti NOSS bidang kemahiran anda.
2. Bangunkan Portfolio yang memaparkan bukti kemahiran yang dimiliki melalui pengalaman terdahulu. Contoh bukti kemahiran seperti Surat Lantikan dan Deskripsi Pekerjaan (Job Description)
3. Membuat permohonan secara online dengan mendaftar di myspike.my
4. Dokumen yang perlu dimuatnaik:

•Surat perakuan tempoh pengalaman bekerja dalam bidang kemahiran berkenaan
•Salinan pendaftaran perniagaan/syarikat (Jika pemilik perniagaan/syarikat)



KANDUNGAN DAN SUSUNAN PORTFOLIO


 

1.      BORANG PERMOHONAN PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA MELALUI KAEDAH PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU (PPT)

 

2.      SALINAN KAD PENGENALAN

 

3.      SLIP PENDAFTARAN CALON PPT DAN PENUGASAN PP-PPT

 

4.      SURAT AKUAN PENGESAHAN CALON

 

5.      SALINAN SKM TERTINGGI YANG DIMILIKI (JIKA BERKAITAN)

 

6.      DOKUMEN PERAKUAN TEMPOH PENGALAMAN KERJA DALAM BIDANG KEMAHIRAN YANG DIPOHON

 

7.      CARTA ORGANISASI TEMPAT KERJA

 

8.      CARTA PROFIL PEKERJAAN (JPC) / CARTA PROFIL KOMPETENSI (CPC)

 

9.      LAPORAN PENILAIAN KETERAMPILAN CALON MELALUI KAEDAH PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU (PPT)

 

10.   BUKTI-BUKTI KETERAMPILAN

 

9 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. sijil pelajaran malaysia boleh sambung belajar dipolma tk?

    ReplyDelete
  3. sijil pelajaran malaysia boleh sambung belajar dipolma tk?

    ReplyDelete
  4. Kalau saya amik sijil kemahiran malaysia dan nak amik diploma boleh tk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sijil Kemahiran Malaysia(SKM) tahap 3 sijil tahap 4 Diploma tahap 5 Diploma Lanjutan

      Delete
  5. saya adalah pelajar lepasan ikm dan mempunya pengalaman bekerja selama 7tahun mengikut kursus yg saya ambil sebelum ni,layakkah saya untuk memohon pekerjaan ini

    ReplyDelete
  6. Macam mana nak mohon sijil nurse

    ReplyDelete