Kini proses PPT tampil dengan MODUL BAHARU yang lebih mudah, lebih digital dan lebih fleksibel untuk semua calon berpengalaman yang ingin mendapatkan Persijilan Kemahiran Malaysia.
Friday, 1 May 2026
PPT MODUL BAHARU
Wednesday, 16 July 2025
TVET MADANI
Unit Pengambilan TVET (UP_TVET) ialah satu sistem yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk memudahkan kemasukan pelajar ke kursus-kursus TVET yang ditawarkan di institusi TVET seluruh Malaysia. Dengan UP_TVET, semua proses permohonan diselaraskan melalui satu saluran sahaja.
Layari : https://www.tvet.gov.my/
Monday, 12 August 2024
TVET PILIHAN UTAMA KERJAYA
Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional(TVET) merupakan proses pendidikan dan latihan yang menjurus ke arah pekerjaan dan menekankan amalan industri dalam pelbagai bidang berkaitan. TVET menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat yang meliputi peringkat sekolah menengah, lepasan sekolah sehingga ke tenaga kerja di industri melalui latihan berasaskan pekerjaan serta latihan berterusan dan pembangunan profesional.
Pembangunan TVET secara formal di Malaysia bermula dengan dua institusi awam iaitu Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Lumpur dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Dusun Tua. Sejak itu, institusi TVET telah berkembang dan sehingga Disember 2023, terdapat sejumlah 1,345 institusi TVET diseluruh negara dengan 669 institusi TVET awam, 652 institusi TVET swasta dan 24 institusi TVET di bawah Kerajaan negeri.
Meneliti landskap TVET semasa dan cabaran teknologi baharu yang kompleks, sebanyak 5 teras strategik meliputi 23 strategi dan 67 inisiatif utama diperincikan dalam Dasar TVET Negara 2023.
Layari : https://www.tvet.gov.my/main/latar-belakang
Wednesday, 18 October 2023
Laporan media pada 23 September 2021 melaporkan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran berkata bahawa lebih 90% graduan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mudah dipasarkan untuk pekerjaan. Kenyataan ini cukup untuk memberi gambaran peri pentingnya kemahiran dalam apa jua bidang pekerjaan. Itu baru soal peluang, belum lagi soal gaji kerana adalah rahasia yang diketahui umum bahawa graduan yang mempunyai kemahiran secara umumnya ditawarkan gaji yang lebih tinggi daripada yang berbekalkan kelulusan akademik semata-mata.
Oleh yang demikian, menguasai bidang kemahiran yang diceburi membuka peluang ke arah kebolehkerjaan (employability). Jika tidak bekerja makan gaji , sekurang-kurangnya boleh memulakan perniagaan dalam bidang kemahiran tersebut.
Zaman mendapatkan pekerjaan berdasarkan kelulusan akademik telah berlalu. Berapa ramai graduan meskipun mempunyai phd, tidak bekerja dalam bidang yang sesuai dengan kelulusan mereka. Ibubapa tidak seharusnya memandang rendah jika anak-anak mereka lebih berminat melanjutkan pelajaran dalam bidang TVET.
Saturday, 22 July 2023
SKM-PPT (Sijil Kemahiran Malaysia secara Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu)
SKM-PPT
Memohon SKM-PPT (Sijil Kemahiran Malaysia melalui kaedah PPT)
Friday, 4 September 2020
Penjualan NOSS Atas Talian
Bermula 1 Julai 2020, NOSS boleh dibeli secara atas talian melalui MySPIKE. Pada masa ini terdapat 750 Program NOSS yang boleh dibeli secara atas talian. Bilangan Program NOSS untuk jualan akan ditingkatkan dari masa ke semasa. Setiap NOSS akan dijual RM20.00 untuk langganan selama setahun. Belian boleh dilakukan di Dashboard Pengguna.
Sila Daftar MySPIKE sebelum memulakan belian atau Login MySPIKE untuk memulakan belian di Dashbord Pengguna.