Saturday, 20 May 2017

PEMAKLUMAN PENGGUNAAN LOGO RASMI JABATAN BAGI TUJUAN PENGIKLANAN PUSAT BERTAULIAH

Ruj      :  JPK 800-2/1/1 ( 25 )                                            
Tarikh : 11 Mei 2017


Semua pengurus
Pusat Bertauliah Jabatan Pembangunan Kemahiran
Y. Bhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan

Salam Sejahtera dan Salam 1 Kemahiran,

Adalah dimaklumkan bahawa Jemaah Menteri semasa mesyuarat Cabinet Away Day 2016 pada
25 November 2016 telah besetuju supaya semua Kementerian dan Jabatan Kerajaan yang menggunakan logo masing-masing menggantikan dengan JATA NEGARA
sebagai logo rasmi bermula 1 Januari 2017.

Dengan berkuatkuasanya arahan ini maka penggunaan logo Jabatan Pembangunan Kemahiran adalah TIDAK DIBENARKAN bermula 18 April 2017 dalam sebarang urusan di peringkat Jabatan dan semua Penyedia Latihan kemahiran yang diluluskan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran sebagai Pusat Bertauliah Sistem Pentauliahan, Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) dan
Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT).

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“Pekerja Kreatif Pencetus Inovasi”



Ketua Pengarah
Jabatan Pembangunan Kemahiran
Kementerian Sumber Manusia