KEMENTERIAN Sumber Manusia bercadang menetapkan syarat kepada
rakyat tempatan termasuk warga asing yang ingin bekerja dalam bidang kemahiran
di negara ini perlu memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) terlebih dahulu.
Timbalan
Menterinya, Datuk Mahfuz Omar berkata, cadangan berkenaan dibuat selepas
mencapai kata sepakat dalam mesyuarat Pembangunan Kemahiran yang diadakan
baru-baru ini dan akan dilaksanakan menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12)
sebagai persediaan untuk lima tahun akan datang.
“Kita mahu
semua industri di negara ini mempunyai persediaan dan persiapan lebih awal bagi
melahirkan tenaga kerja mahir.
“Dengan cara
ini, barulah anak tempatan mendapat pasaran kerja lebih besar memandangkan
majoriti yang memiliki SKM sudah tentunya rakyat Malaysia.
“Saya yakin
industri yang ada dalam negara kita memerlukan pekerja yang mahir dan boleh
memberikan hasil keluaran terbaik kepada industri di tempat mereka bekerja,”
katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan kerja di Institut Latihan
Perindustrian (ILP) Kota Bharu, hari ini.
Sumber: https://www.hmetro.com.my