Wednesday 18 October 2023

Laporan media pada 23 September 2021 melaporkan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran berkata bahawa lebih 90% graduan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mudah dipasarkan untuk pekerjaan. Kenyataan ini cukup untuk memberi gambaran peri pentingnya kemahiran dalam apa jua bidang pekerjaan. Itu baru soal peluang, belum lagi soal gaji kerana adalah rahasia yang diketahui umum bahawa graduan yang mempunyai kemahiran secara umumnya ditawarkan gaji yang lebih tinggi daripada yang berbekalkan kelulusan akademik semata-mata.

Oleh yang demikian, menguasai bidang kemahiran yang diceburi membuka peluang ke arah kebolehkerjaan (employability). Jika tidak bekerja makan gaji , sekurang-kurangnya boleh memulakan perniagaan dalam bidang kemahiran tersebut.

Zaman mendapatkan pekerjaan berdasarkan kelulusan akademik telah berlalu. Berapa ramai graduan meskipun mempunyai phd, tidak bekerja dalam bidang yang sesuai dengan kelulusan mereka. Ibubapa tidak seharusnya memandang rendah jika anak-anak mereka lebih berminat melanjutkan pelajaran dalam bidang TVET.

Saturday 22 July 2023

SKM-PPT (Sijil Kemahiran Malaysia secara Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu)

 

SKM-PPT

SKM-PPT (Maksud PPT) – satu kaedah memberi pengiktirafan kepada         mana-mana individu yang boleh membuktikan keterampilan yang digariskan di dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK@NOSS) berdasarkan kepada pengalaman dan pencapaian                 terdahulu yang dimiliki secara Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT). Sila rujuk PANDUAN PELAKSANAAN PENSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA MELALUI KAEDAH PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU (PPT) di https://www.dsd.gov.my/
              

Memohon SKM-PPT (Sijil Kemahiran Malaysia melalui kaedah PPT)


1. Kenalpasti bidang kemahiran anda.

2. Langgan NOSS bidang kemahiran anda di https://www.myspike.my

3. Kenalpasti kompetensi NOSS bidang kemahiran anda.

4. Pastikan anda mempunyai bukti kukuh bidang kemahiran 
    yang dipohon.

5. Membuat permohonan melalui https://www.myspike.my