Wednesday, 18 October 2023

Laporan media pada 23 September 2021 melaporkan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran berkata bahawa lebih 90% graduan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mudah dipasarkan untuk pekerjaan. Kenyataan ini cukup untuk memberi gambaran peri pentingnya kemahiran dalam apa jua bidang pekerjaan. Itu baru soal peluang, belum lagi soal gaji kerana adalah rahasia yang diketahui umum bahawa graduan yang mempunyai kemahiran secara umumnya ditawarkan gaji yang lebih tinggi daripada yang berbekalkan kelulusan akademik semata-mata.

Oleh yang demikian, menguasai bidang kemahiran yang diceburi membuka peluang ke arah kebolehkerjaan (employability). Jika tidak bekerja makan gaji , sekurang-kurangnya boleh memulakan perniagaan dalam bidang kemahiran tersebut.

Zaman mendapatkan pekerjaan berdasarkan kelulusan akademik telah berlalu. Berapa ramai graduan meskipun mempunyai phd, tidak bekerja dalam bidang yang sesuai dengan kelulusan mereka. Ibubapa tidak seharusnya memandang rendah jika anak-anak mereka lebih berminat melanjutkan pelajaran dalam bidang TVET.