Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional(TVET) merupakan proses pendidikan dan latihan yang menjurus ke arah pekerjaan dan menekankan amalan industri dalam pelbagai bidang berkaitan. TVET menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat yang meliputi peringkat sekolah menengah, lepasan sekolah sehingga ke tenaga kerja di industri melalui latihan berasaskan pekerjaan serta latihan berterusan dan pembangunan profesional.
Pembangunan TVET secara formal di Malaysia bermula dengan dua institusi awam iaitu Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Lumpur dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Dusun Tua. Sejak itu, institusi TVET telah berkembang dan sehingga Disember 2023, terdapat sejumlah 1,345 institusi TVET diseluruh negara dengan 669 institusi TVET awam, 652 institusi TVET swasta dan 24 institusi TVET di bawah Kerajaan negeri.
Meneliti landskap TVET semasa dan cabaran teknologi baharu yang kompleks, sebanyak 5 teras strategik meliputi 23 strategi dan 67 inisiatif utama diperincikan dalam Dasar TVET Negara 2023.
Layari : https://www.tvet.gov.my/main/latar-belakang