Saturday 10 November 2018

PEMAKLUMAN PENGGUNAAN SKKM BAGI PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA MELALUI KAEDAH PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU (PPT)



Adalah dimaklumkan bahawa, penggunaan Sistem Kredit Kemahiran Malaysia (SKKM) akan bermula pada 1 Oktober 2018 bagi Persijilan Kemahiran Malaysia melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) untuk menggantikan proses secara manual yang digunakan sekarang.

Semua permohonan Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) boleh dibuat secara atas talian dengan menggunakan capaian url: – https://www.skkm.gov.my . Pemohon hendaklah mendaftar sebagai pengguna SKKM terlebih dahulu sebelum proses seterusnya boleh dilakukan. Untuk permulaan, permohonan PPT secara Mengikut Tahap (MT) & Single-Tier (ST) boleh dipohon melalui sistem ini.

Penggunaan sistem ini juga akan melibatkan peranan Personel PPT iaitu PP-PPT dan PPL-PPT. Oleh itu, Personel PPT juga perlu mendaftar sebagai pengguna SKKM supaya proses Penugasan PP-PPT dan Penugasan PPL-PPT berjalan lancar.

Sekiranya terdapat sebarang permasalahan pada sistem tersebut, pengguna boleh membuat aduan pada Sistem Aduan IT dengan menghantar emel ke jpkpptgp@mohr.gov.my atau hubungi helpdesk di talian 03-83214769.

Kerjasama dari semua amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih

Cawangan Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu
Bahagian MOSQ
Jabatan Pembangunan Kemahiran

1 comment:

  1. M&M Hotel & Casino - Dr. Maryland
    Get M&M Hotel & 제주도 출장마사지 Casino gaming options in MD. We 하남 출장샵 offer the best 안성 출장마사지 in gaming, premier promotions and 강릉 출장안마 a full casino 경산 출장마사지 experience at the MD Hotel &

    ReplyDelete