Friday 23 October 2015

BAJET 2016

Intipati Bajet 2016
Bajet 2016 menggariskan lima tunjang utama iaitu memperteguh ketahanan ekonomi negara, meningkatkan produktiviti, inovasi dan teknologi hijau, mempersiaga modal insan, memperkasa agenda bumiputera dan meringankan kos sara hidup rakyat.
* Bajet 2016 memperuntukkan RM267.2 bilion, berbanding RM260.7 bilion peruntukan dipinda 2015.
* RM215.2 bilion bagi perbelanjaan mengurus, RM52 bilion untuk perbelanjaan pembangunan
* RM70.5 bilion untuk emolumen, RM36.3 bilion untuk perkhidmatan dan bekalan
* Di bawah peruntukan pembangunan, sektor ekonomi menerima agihan RM30.1 bilion
* Peruntukan untuk sektor sosial merangkumi pendidikan dan latihan, kesihatan, perumahan dan kesejahteraan masyarakat RM13.1 bilion
* Peruntukan sektor keselamatan RM5.2 bilion
* Kutipan hasil kerajaan Persekutuan untuk 2016, diunjurkan RM225.7 bilion, meningkat RM3.2 bilion berbanding 2015.
* Defisit fiskal kerajaan dijangka menguncup kepada 3.1 peratus pada 2016.
* Sasaran sumbangan pelaburan domestik kepada KDNK pada 26.7 peratus bagi tahun 2016
* Pembangunan Malaysian Vision Valley dengan unjuran pelaburan permulaan RM5 bilion
* Pembangunan Cyber City Centre di Cyberjaya dengan nilai pembangunan RM11 bilion
* Pembangunan Bandar Lapangan Terbang atau Aeropolis KLIA dengan pelaburan RM7 bilion
* Pelaburan RM6.7 bilion oleh Khazanah Nasional dalam sembilan projek domestik berimpak tinggi
* Projek RAPID Complex Pengerang, Johor dengan pelaburan dianggarkan RM18 bilion
* Projek Rubber City di Kedah dengan peruntukan RM320 juta, Taman Perindustrian Samalaju, Sarawak (RM142 juta) dan Jeti Minyak Kelapa Sawit di
Sandakan, Sabah (RM20 juta)
* Elaun Pelaburan Semula Khas dalam sektor pengilangan dan pertanian terpilih bagi syarikat sedia ada
* Pengecualian duti setem 20 peratus ke atas surat cara pembiayaan patuh syariah untuk pembelian rumah
* Skim Dana Pembiayaan PKS Patuh Syariah sehingga 31 Dis 2017
* Peruntukan RM107 juta untuk melaksanakan Pelan Induk PKS
* Peruntukan RM60 juta untuk Skim Anjakan Usahawan serta Skim Peningkatan Kapasiti dan Keupayaan PKS
* Peruntukan RM200 juta untuk menubuhkan dana pinjaman SME Technology Transformation Fund di bawah SME Bank
* Membina dan menambah baik pengangkutan rel dan lebuh raya
* RM900 juta untuk projek penyuraian trafik Jalan Tun Razak
* Kajian pembinaan lebuh raya pesisiran pantai Masjid Tanah-Klebang-Jambatan Syed Abdul Aziz di Melaka
* RM42 juta untuk membina Lapangan Terbang Mukah, Sarawak, menaik taraf lapangan terbang di Kuantan dan Kota Baharu
* Kajian pembesaran landasan Lapangan Terbang di Batu Berendam, Melaka
* Projek sambungan LRT Ampang-Putra Heights siap Mac 2016, Kelana Jaya-Putra Heights siap pertengahan 2016
* Projek MRT Sungai Buloh-Semantan dapat digunakan pada Disember 2016, Semantan-Kajang pada pertengahan 2017
* Projek MRT II Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya bermula suku kedua 2016, siap 2022
* Projek LRT3 Bandar Utama, Damansara-Johan Setia, Klang mula dibina pada 2016, siap 2020
* Kerajaan teruskan rundingan High Speed Rail dengan Singapura
* Bus Rapid Transit KL-Klang, Kota Kinabalu akan dilaksanakan
* SKMM sediakan RM1.2 bilion untuk projek jalur lebar luar bandar, National Fiber Backbone Infrastructure, jalur lebar kelajuan tinggi dan sistem kabel dasar laut
* RM250 juta untuk projek pendigitalan penyiaran nasional bagi tingkatkan kualiti audio visual dan beri nilai tambah kandungan tv
* RM1.4 bilion untuk membina dan menaik taraf jalan luar bandar
* RM878 juta untuk projek Bekalan Elektrik Luar Bandar kepada 10,000 rumah
* RM568 juta untuk Projek Bekalan Air Luar Bandar kepada 3,000 rumah
* Kerajaan sasar 30.5 juta pelancong pada 2016, menyumbang RM103 bilion kepada ekonomi negara
* Permohonan visa secara dalam talian untuk China, India, Myanmar, Nepal, Sri Lanka, Amerika Syarikat dan Kanada
* RM450 juta untuk pelbagai program pertanian berimpak tinggi
* RM190 juta kepada FAMA untuk Program Penurunan Harga untuk tambah 50 Pasar Tani dan wujudkan 150 Agrobazaar Rakyat 1Malaysia
* Penjenamaan semula MARDI, Jabatan Veterinar, Jabatan Pertanian dan Jabatan Perikanan
* RM235 juta untuk Program Promosi 1Malaysia, Dana Eksport Perkhidmatan dan Dana Promosi Eksport di bawah Matrade
* RM877 juta untuk pelbagai usaha teknologi hijau seperti bekalan air bersih
* RM515 juta untuk meningkatkan mutu bekalan elektrik di Sabah
* RM41.3 bilion untuk Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia bagi 2016
* Pembinaan 30 sekolah rendah, 27 sekolah menengah, empat MRSM dan lima SBP
* RM135 juta untuk Program Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris
* Had maksimum amaun pelepasan cukai ke atas yuran pengajian dinaikkan RM7,000 daripada RM5,000 setahun
- Bernama

Sunday 11 October 2015

ASEAN Skills Competition (ASC) 2016




Adalah dimaklumkan Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi pertandingan kemahiran peringkat ASEAN, ASEAN Skills Competition (ASC) pada tahun 2016 yang akan dianjurkan pada 3 hingga 13 Oktober 2016 di MAEPS, Serdang. Tema sempena pertandingan ini adalah Skills For A Brighter Future.

Tuesday 18 August 2015

WHAT IS TVET?

TVET is defined by UNESCO as “those aspects of the educational process involving, in addition to general education, the study of technologies and related sciences and the acquisition of practical skills, attitudes, understanding and knowledge relating to occupation in various sectors of economic life”. TVET thus equips people not only with vocational skills, but with a broad range of knowledge, skills and attitudes that are now recognized as indispensable for meaningful participation in work and life. Examples of the benefits include self-awareness and self-esteem, and strengthened interpersonal, citizenship, communication and entrepreneurial skills. 

Through its TVET Strategy, UNESCO intends to strengthen member countries’ capacities in the field of TVET and focus on how to transform and expand TVET to ensure that all young people and adults can build the skills needed for work and life. Gender mainstreaming in TVET and heightening the quality of TVET by focusing further on TVET teacher and trainer will be additional priorities. UNESCO actions in this field will build on the conclusions of the international discussion which are reflected in the “Shanghai Consensus" document. Regarding TVET teachers and trainers, UNESCO actions will focus on reviewing TVET teachers training policies and practices. 

Based on the analysis of prominent policy areas, UNESCO New Delhi is addressing six persisting challenges:
  1. Promoting skills for youth employment
  2. Ensuring access: TVET for all
  3. Improving the image and quality of TVET
  4. Financing TVET
  5. Strengthening innovation and research
  6. Advancing sustainable development

Wednesday 5 August 2015

LANGKAH AWAL KE ARAH PENGIKTIRAFAN KEMAHIRAN

Langkah awal yang perlu anda lakukan ke arah mencapai pengiktirafan kemahiran adalah dengan mengumpulkan bahan bukti seperti sijil kehadiran kursus, transkrip dll.

Tuesday 4 August 2015

KELEBIHAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA

Faedah Persijilan Kemahiran Malaysia

Persijilan Kemahiran diiktiraf oleh industri di Malaysia
Persijilan Kemahiran Malaysia menyediakan suatu laluan kerjaya dan pembangunan diri yang menarik setanding dengan laluan kerjaya berasaskan kelayakan akademik.

Persijilan Kemahiran Malaysia berupaya melahirkan pekerja mahir yang terlatih dan berkelayakan untuk mempertingkatkan daya saing industri tempatan di pasaran dunia.


Anda boleh menjadi tenaga pengajar  di Pusat Bertauliah awam (seperti di ILP/IKBN/Giat MARA,Kolej Komuniti/ADTEC dll dimana kod pusat bermula huruf K ) atau Pusat Bertauliah swasta  bermula dengan huruf L) . Biasanya syarat minima SKM 3. Apa yang perlu anda lengkapkan lepas SKM/DKM tersebut ialah ambil Sijil Tenaga Pengajar (VTO / I-031.
Menjadi seorang usahawan memiliki perniagaan sendiri seperti membuka bengkel, kedai jahit , kedai komputer atau lain-lain.

Melanjutkan pengajian ke peringkat DLKM (Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia) dalam bidang kemahiran sedia ada.



SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB PENGIKTIRAFAN KEMAHIRAN


Mahukah anda mendapat sijil kemahiran yang diiktiraf oleh JPK?
Setiap daripada kita tentu mempunyai kemahiran dalam sesuatu bidang yang diperoleh sepanjang hidup umpamanya kemahiran membaiki kenderaan, membaiki komputer, kemahiran pendawaian elektrik, kemahiran menjahit dan pelbagai lagi jenis kemahiran. Meskipun anda tidak mempunyai sijil kemahiran namun kemahiran anda itu tidak boleh dinafikan dan sewajarnya diiktiraf kerana sudah pasti kemahiran yang dimiliki ini adalah hasil usaha dalam tempoh yang lama. Dalam konteks ini kerajaan, melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia sedia mengiktiraf kemahiran anda itu berdasarkan bukti-bukti keterampilan yang berkaitan.

National Occupational Skills Standard (NOSS) atau Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan. NOSS adalah dokumen yang menggariskan ketrampilan yang diperlukan oleh seseorang pekerja mahir yang bekerja di Malaysia bagi sesuatu bidang dan tahap pekerjaan serta laluan untuk mencapai ketrampilan tersebut.

Ciri-Ciri Utama NOSS
   Berasaskan keperluan pekerjaan.   Mengikut struktur kerjaya di dalam sesuatu bidang pekerjaan.   Disediakan oleh pakar industri dan pekerja mahir yang menjalankan pekerjaan.

Anda boleh muaturun NOSS dengan melayari :

http://www.dsd.gov.my/index.php/ms/perkhidmatan3/perkhidmatan/noss?id=520





Bagaimana Nak Mohon Sijil SKM Berdasarkan Pengalaman Terdahulu(PPT)

Anda hanya perlu mengadakan bukti-bukti yang boleh mengesahkan bahawa anda mempunyai pengalaman kemahiran dalam bidang anda. Contoh-contoh bukti atau eviden ialah seperti sijil-sijil kelayakan, kursus, transkrip dan sebagainya yang ada kaitan dengan kemahiran anda.



MEMANFAATKAN KEMAHIRAN ANDA YANG SEDIA ADA

Anda dapat memanfaatkan pengalaman kemahiran yang anda miliki dengan cara mendapatkan pengiktirafan pencapaian terdahulu(PPT) daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia. Maklumat lanjut boleh diperoleh di www.dsd.gov.my   atau melalui apps SkillsMalaysia infokit yang boleh dimuaturun di Google Playstore.