Tuesday 4 August 2015

KELEBIHAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA

Faedah Persijilan Kemahiran Malaysia

Persijilan Kemahiran diiktiraf oleh industri di Malaysia
Persijilan Kemahiran Malaysia menyediakan suatu laluan kerjaya dan pembangunan diri yang menarik setanding dengan laluan kerjaya berasaskan kelayakan akademik.

Persijilan Kemahiran Malaysia berupaya melahirkan pekerja mahir yang terlatih dan berkelayakan untuk mempertingkatkan daya saing industri tempatan di pasaran dunia.


Anda boleh menjadi tenaga pengajar  di Pusat Bertauliah awam (seperti di ILP/IKBN/Giat MARA,Kolej Komuniti/ADTEC dll dimana kod pusat bermula huruf K ) atau Pusat Bertauliah swasta  bermula dengan huruf L) . Biasanya syarat minima SKM 3. Apa yang perlu anda lengkapkan lepas SKM/DKM tersebut ialah ambil Sijil Tenaga Pengajar (VTO / I-031.
Menjadi seorang usahawan memiliki perniagaan sendiri seperti membuka bengkel, kedai jahit , kedai komputer atau lain-lain.

Melanjutkan pengajian ke peringkat DLKM (Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia) dalam bidang kemahiran sedia ada.



No comments:

Post a Comment