Mahukah anda mendapat sijil kemahiran yang diiktiraf oleh JPK?
Setiap daripada kita tentu mempunyai kemahiran dalam sesuatu bidang yang diperoleh sepanjang hidup umpamanya kemahiran membaiki kenderaan, membaiki komputer, kemahiran pendawaian elektrik, kemahiran menjahit dan pelbagai lagi jenis kemahiran. Meskipun anda tidak mempunyai sijil kemahiran namun kemahiran anda itu tidak boleh dinafikan dan sewajarnya diiktiraf kerana sudah pasti kemahiran yang dimiliki ini adalah hasil usaha dalam tempoh yang lama. Dalam konteks ini kerajaan, melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia sedia mengiktiraf kemahiran anda itu berdasarkan bukti-bukti keterampilan yang berkaitan.
National Occupational Skills Standard (NOSS) atau Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan. NOSS adalah dokumen yang menggariskan ketrampilan yang diperlukan oleh seseorang pekerja mahir yang bekerja di Malaysia bagi sesuatu bidang dan tahap pekerjaan serta laluan untuk mencapai ketrampilan tersebut.
Ciri-Ciri Utama NOSS
Anda boleh muaturun NOSS dengan melayari :
http://www.dsd.gov.my/index.php/ms/perkhidmatan3/perkhidmatan/noss?id=520
No comments:
Post a Comment